Stun MeStun MeStun Me

Sunday 23 October 2011

Sesuai untuk tontonan umum (18 U)

Seekor gajah yang berasa sunyi terkurung di tengah sebuah bandar metro, berasa rindu untuk kembali ke habitat asalnya menjalankan aktiviti bebas seperti 'saudara'nya yang lain. Gajah tersebut sedang menghitung hari untuk melepaskan diri dan ingin kembali ke pangkuan keluarganya.

Apabila telah tiba masanya, Si Gajah tersebut terus bertindak. Selepas berjaya meloloskan diri, dia terus tidak toleh kebelakang. Dengan azam yang tinggi, dia mencari jalan untuk sampai ke destinasi yang nak dituju. Tanpa menghiraukan orang ramai yang tidak mengambil peduli tentangnya, dia mengatur langkah. Bermula dengan berlari, selepas itu menunggang basikal, menaiki tren dan sehinggalah menyorok di kargo kapal terbang. Dengan berbekalkan sisa makanan untuk mengalas perut akhirnya dia berjaya tiba di negeri asalnya.

Tidak berakhir disitu, dia terpaksa mencari duit bagi menampung 'perbelanjaan' untuk pulang ke kampung halamannya. Pelbagai gaya badut dilakukan untuk menarik perhatian bagi meraih simpati orang ramai supaya memberi wang ihsan kepadanya. Hampa dengan jumlah yang diterima, dia akur dan teruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Tiba di suatu kawasan, dia ternampak sebuah kedai menjual basikal lumba dengan harapan dia boleh membeli basikal tersebut dan pulang dengan lebih pantas. Malangnya, dengan berbekalkan wang kertas dan syiling yang tidak seberapa dia hanya mampu memperolehi basikal satu tayar yang hanya sesuai untuk aktivti riadah yang bukan untuk perjalanan jauh.

Dengan usaha yang tinggi gajah tersebut mengambil keputusan untuk mengayuh basikal tersebut dengan harapan akan ada kenderaan yang akan memberi pertolongan menumpangkannya. Dalam keadaan panas terik, faktor geografi yang berdebu, keadaan fizikal yang kotor dan kusut masai, tiada siapa yang memberikan gajah tersebut pertolongan.

Dalam keadaan tersebut, Si Gajah hampir-hampir berputus asa, dan hanya mampu berserah. Dia meneruskan perjalanannya selagi terdaya.

Tibanya di satu kawasan, dia ternampak kelibat seperti tempat asalnya. Apabila diperhatikan dengan lebih jelas, memang benar dia sudah sampai ke destinasi yang diidam-idam sejak sekian lama. Dia meraikan kejayaannya bersama kawan-kawan yang menunggu dengan penuh rasa gembira.

Akhir sekali, dia kembali ke kota metro bersama kawan-kawannya dan menjadi tumpuan seluruh dunia.

-tamat-

p/s: Diadaptasikan dari sebuah muzik video ke helaian kertas. Untuk lebih memahami sila tonton video ini.


Coldplay - Paradise (Xylo Myloto album)

No comments:

Post a Comment