Stun MeStun MeStun Me

Thursday 1 December 2011

Aku terima seadanya suratan takdir

Sudah beberapa kali aku cuba untuk mengemaskini laman blog ini, tetapi tidak berjaya, ada sahaja masalah yang timbul, dari faktor masa, kewangan sehinggalah masalah jiran aku yang selalu membuat bising dengan mengetuk-ngetuk besi sebagai tanda protes, cemburu melihat aku sentiasa berada di rumah sedangkan dia terpaksa keluar seawal pagi mencari besi untuk diketuk.
 
Pagi. Itu sajalah masa yang sesuai untuk mencari ilham mereka-reka cerita sensasi sebelum jiran aku kembali membuat bising pada sebelah tengah harinya. Tetapi dari sudut kontranya, perkataan pagi bagi aku adalah amat asing sama sekali, dengan gaya hidup aku sekarang yang bukan lagi bergelar mahasiswa. Mana tidaknya, orang yang genius macam aku memerlukan sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12 jam waktu rehat sehari. Kalau tak ckup, aku boleh terkena penyakit misteri iaitu ketika berjalan mulut aku secara tiba-tiba terbuka luas seluas-luasnya.. Alaa, menguap la..

Gila ke pe nk soh aku bangun pagi semata-mata untuk tulis blog? Mesti mak aku ingat aku buang tabiat diselangi dengan cemuhan-cemuhan yang berunsur rasis. Contohnya, "Ni kalau bangun awal nie mesti nak mintak duit la nie, takde bende lain". sebab tu la aku tidak gemar bangun awal, mereka gemar menfitnah aku sesuka hati sedangkan fitnaan mereka itu betul. 

Banyak perkara menarik yang aku nak kongsikan sepanjang aku perlahan menulis blog nie, untuk pengetahuan umum aku baru sahaja menamatkan pelajaran aku dengan jayanya walaupun pointer aku tidak berapa nak berjaya. Aku tidak kecewa sebab aku dah berusaha dan itu menjadi pemangkin untuk aku terus lebih berusaha. Majlis konvokesyen juga sudah selesai sebulan yang lalu (29Okt11) tetapi sehingga hari ini masih lagi terngiang-ngiang satu ayat yang tidak tahu motifnya samaada perli atau pun hinaan.

 "Meth, hensem la atas pentas tadi.." (random)

..??? Aku terdiam sejenak, tunduk dan beristigfar. Perkataan yang disebut-sebut oleh cik Seri Eleena (bukan nama sebenar) ketika itu sungguh menyentuh kalbu. Terasa seperti ingin menumbuk-numbuk batang pisang, mematah-matahkan dahannya jika mampu. Aku cuba melupakan ayat tersebut dan beredar dari tempat kejadiaan tanpa ada berasa bangga.

Setelah hampir berminggu-minggu berlalu, aku hampir berjaya melupakan peristiwa tersebut. Sehinggalah pada suatu hari rumah aku didatangi posmen yang membunyikan hon berulang-ulang kali tanda marah + tersinggung kerana aku tidak menghiraukan kehadirannya. Sangkaan aku kehadiran posmen itu cuma menghantar surat biasa tidak benar sama sekali. Dia siap menjerit-jerit suruh aku sign tanda menerima. Sempat juga aku bersembang kosong bertanyakan samaada beliau mengenali Man rajalawak yang juga seorang posmen, lantas beliau beredar dengan mimik muka seorang pendendam.

Setelah diteliti dan diamati betul-betul, surat itu sah kepunyaan aku. Dengan sizenya yang agak besar, sampul berwarna hitam membuatkan aku tidak sabar untuk membukanya. Mesti sulit isinya. bukan main berdebar-debar lagi nak buka sampul tu. Akhirnya sampul itu mengandungi segala jawapan, tohmahan-tohmahan, fitnah secara rambang yang dilakukan oleh cik Seri Eleena tadi. Inilah isinya, aku terima seadaanya suratan takdir.


Nota: Mana de hensem?? kacak je..
**Kredit untuk Seri Eleena & kawan-kawannya kerana mengalunkan bunyi gamelan untuk saya pada hari tersebut. Ketika entri ini sudah siap ditulis, jiran aku masih lagi sedang mengetuk besi membuat bising.

1 comment:

  1. haha..cemuhan yaa.. :) baiklah..ia adalah cemuhan.. =.=' eshh

    ReplyDelete