Stun MeStun MeStun Me

Monday 8 August 2011

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...”


Begitu gahnya tajuk dia atas tapi sayang langsung tidak berguna. Untuk pengetahuan umum, tajuk diatas tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang aku nak bualkan. Bagi sesetengah orang macam aku nie memberi tajuk adalah lebih sukar daripada menulis blog. Oleh sebab itu, lebih ramai yang cenderung memilih untuk menjadi penggodam web kerajaan sebagai kerja sampingan mencari publisiti murahan daripada menjadi penulis blog di negara kita ini. Sengaja mengambil perkataan harimau di depan supaya dinampakkan lebih garang. Kanak-kanak juga pasti turut bersetuju dengan menyatakan “.. A'ah, harimaukan raja rimba. Semua haiwan takut dengannya, eii takutnya..” Cikgu-cikgu juga pasti bertepuk tangan kerana berjaya mempengaruhi kanak-kanak dengan menceritakan kisah mitos yang aku pasti semua orang pernah terpedaya mempercayai kisah tersebut yang kononnya wujud suatu ketika dahulu iaitu buku cerita pendek: Sang Harimau Yang Tamak dan Sang Merak Yang Cantik. Tapi kalau difikir-fikirkan balik memang tak logik, ada ke harimau boleh cakap?? siap boleh bersembang dengan si Merak lagi. Itu takpa lagi, ni siap pandai tanya soalan “Eh Merak kenapa bulu kau cantik?? Nasib baik dalam buku tu dia tak cerita yang sebenarnya Si Merak tu melatah, atau kadang-kadang bila dia berasa bosan, dia balut rokok daun. Hmm, nampak tak sebenarnya kita telah diasuh untuk menipu sejak dari kecil lagi, jadi jangan salahkan aku kalau aku banyak menipu dalam blog nie. Salahkan Si Merak.

Daripada buku cerita kita beralih pula ke bola. Nampak tak cerita aku dah jauh menyimpang sebenarnya. Inilah yang aku nak perkatakan, pasal BOLA. Sengaja aku tidak mahu letak tajuk yang agak metafora atau seakan-akan sama. Kalau aku letak tajuk “Encik Ali Menyepak Bola Ke Perut Anaknya” nampak sangat aku mengambil berat tentang jiran aku yang bernama Ali. Dah tentu-tentu tajuk tu tidak sesuai untuk bola tapi lebih kepada cerita hidup berjiran. Ha nampak tak aku dah menyimpang jauh lagi? Ok, kita terus ke isi-isi penting. (format SPM) Kali ini aku mahu cerita dengan lebih serius, fokus dan telus. Eh kt mna kita tadi lupa plak, ni sume gara-gara Si Merak dan En.Ali la nie. Lost!!

Kalau korg tanya aku, antara kelab bola gergasi eropah mana yang aku minat antara Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Dah tentu2 aku jawab dengan pantas dan yakin aku menyebut Kelantan FC. Alasannya senang, kelab luar tak macam kelantan menang bola sepak bakar bas. Sebenarnya aku paham penyokong Kelantan berbuat demikian kerana berpegang teguh kepada pepatah melayu, “.. kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar..” Mungkin dalam bas tu ada nyamuk, jadi dorg mengambil keputusan yang bijak dan wajar.

Ketika musim skuad eropah menjelajah asia, aku berpeluang menyaksikan perlawanan antara Skuad Harimau menentang Chelsea di Bukit Kepong, eh maaf silap, Bukit Jalil sebenarnya. Secara jujurnya, aku langsung tidak berminat dengan skuad The Blues bimbingan remaja yang bernama Villa Boas tersebut. Tetapi memandangkan tiket percuma yang diperolehi membuatkan aku bertindak dengan bijak tidak menolak rezeki yang diangap terpijak itu. Tujuan aku sebenarnya untuk melihat gelagat dan ragam manusia yang bertandang ke stadium. Aku ingin membuat andaian samaada moral penyokong bola sepak kita sudah mula tersedar atau masih di takuk yang lama. Kalau menang kira bonus kalau kalah adat permainan. Ayat klise penyedap hati.

Gembira bercampur sedih, susah aku nak terangkan. Kalau ada lampu kalimantan sekalipun belum tentu dapat menerangi jalan cerita yang aku nak sampaikan ni. Mula-mula memang gembira dapat melihat kelab gergasi seperti Chelsea beraksi didepan mata sendiri tapi bayangkan kerana bola sepak, imej negara kita tercemar dengan insiden pemain Chelsea yang berkerakyatan israel (Yossi Benayoun) boleh melepasi dan menjejakkan kaki ke tanah air kita yang tiada hubungan diplomatik dengan mereka. Selepas itu bermain untuk kesebelasan utama plak. Bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang-pandang isu-isu sensitif macam ni. Habis seluruh stadium bergema bunyi “boo” macam lembu diperah susunya apabila pemain tersebut berpeluang mengawal bola. Yang kedua, sejurus tiba di stadium aku terus memberitahu kedua ibubapa ku dengan yakin bahawa aku telah selamat tiba di Stamford Bringe, Chelsea. Mana tidaknya, bukan aku sengaja nak berbohong tapi itulah hakikatnya, lebih ramai yang menyarung jersi Chelsea berbanding Malaysia. Lantas aku berfikir kembali di negara mana sebenarnya aku berada sekarang. Tak cukup dengan itu, apabila gawang Malaysia bolos, wah bukan main bersorak lagi abang sebelah aku nie, teruja gila beliau bila sepakan Drogba dikira gol, dah macam kena sawan babi dah aku tengok, nasib baik mulut dia xde keluar buih putih, kalau tak.

Cakap pasal Drogba aku de lagi aku nak cerita, aku nampak segerombolan wanita hadir membawa sepanduk yang bertulis “..Drogba, kiss me..”. Terkedu sambil tersedu aku melihat. Apa yang ada sangat dengan Drogba tu?? dah la hitam, tonggek, muka berminyak, tu pun ada yang bernafsu. Dunia2. Memang sekarang kita lihat penyokong kita sudah berubah meningkat dari segi kehadiran penonton tetapi dari segi mentaliti kita sama masih macam dulu. Bila stadium dah ramai sampah pun boleh tahan ramai jugak. Plastik air sirap yang dibuang merata-rata, sisa makanan jagung yang bertaburan, ulat tiket berlegar-legar di kaki lima, pingan plastik char keuy teow yang diselitkan di celah-celah pokok, jelas menunjukkan kita belum ada peningkatan. Itu belum masuk bab displin lagi, hormat-menghormati jangan cakap memang tidak ada, semua orang aku lihat macam pentingkan diri masing-masing. Di stadium memang dilarang sama sekali untuk membawa senjata tajam atau merbahaya, bagi sesiapa yang tidak paham aku boleh tolong jelaskan, contohnya macam helmet, pisau, pistol, buku lima, penukul, sapanar hidup, rim basikal mahupun jambu batu. Benda-benda camtu memang jelas boleh membawa bahaya kepada orang lain. Tetapi yang aku pelik macam mana penonton yang sebaris dengan aku boleh menikmati buah durian ketika tamat separuh masa pertama. Aku bau durian yang maha dasyat ketika wisel rehat ditiupkan. Musykil, untuk tidak mahu berserabut aku berfikiran positif, mungkin terdapat dusun durian dibahagian belakang stadium yang buahnya dijual murah seperti menjual jersi malaysia yang bersepah dibahagian hadapan, boleh jadi aku meneka.

Itu baru penjelasan yang minima kerana aku seorang tidak pandai bercakap, untuk pengetahuan lanjut, silalah pergi ke stadium-stadium berhampiran anda untuk melihat dengan lebih jelas. Ketika blog ini ditulis, aku baru pulang dari menonton perlawanan Malaysia menentang Singapura. Dimana keputusannya seri 1-1 dan Malaysia gagal untuk pergi ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Sedikit hampa bercampur bangga, penonton yang hadir jelas menunjukkan kematangan. Kali ini aku betul-betul berpuas hati. Yang menyanyikan lagu Negaraku menangis sebak, yang sama-sama bersorak tanpa mengira batas kaum, tepukan gemuruh walaupun kalah. Aku tabik mereka semua dan aku gelarkan mereka pejuang yang tulen. Bukan mudah untuk bermain bola keadaan sebegini, penuh tekanan, aku dapat rasakan kali ini penyokong kita sudah mula faham dengan situasi tersebut. Syabas!

Bagi aku, aku tidak akan putus asa menyokong Skuad Harimau. Menang atau kalah belakang cerita, yang pasti kita dah berusaha memerah keringat. Jangan disamakan kita dengan standard pasukan lain. Memang kita jauh ketinggalan dari segi mutu permainan tetapi kita mendahului dengan semangat juang yang tinggi. Tidak mustahil kita boleh kembali ke zaman kegemilangan Mokhtar Dahari.

Sesudah selesai menulis entri ni, aku telah menemui tajuk yang sesuai dengan tema bola kita pada kali ini iaitu “Khairul Fahmi Putus Tunang Angkara Orang Ke-3?!”  

sesuai sangat-sangatkan?? 

p/s: Maaf agak terabur ayat diatas, kerana aku mengunakan pensil yang tumpul untuk menulis dan tidak mengunakan pembaris untuk mengaris. Salam dari Ultras Malaya untuk Harimau Malaya!


No comments:

Post a Comment