Stun MeStun MeStun Me

Tuesday 5 July 2011

Pergerakan Ke Batu Pahat

Sehari sebelum pergerakan bermula (24 Jun) kami giat berlatih untuk memantapkan permainan masing-masing untuk menghadapi hari esok. Al maklumlah, ini merupakan persembahan Nepotist amnya dan aku secara khususnya bermain di luar negeri. Excited jangan cakap la, masing-masing gembira malam tu, tergelak-gelak, mungkin penangan Sepah menjadi Maharaja Lawak malam tu menjadikan kami terkena tempiasnya.

Selepas selesai sesi latihan, kami (aku, Lan & Malik) merancang untuk gerak dari Melaka tepat jam pukul 11 pagi. Masing-masing saling ingat mengingatkan takut kalau ada yang terminum air sirap mengandungi semut atau erti kata lain pelupa. Kami ada mempelawa Fadhlique Telecaster nama manjanya pada malam itu untuk memenuhi ruang kereta yang kosong dan dia akan memberi jawapan pada keesokan paginya. Seperti semuanya berjalan dengan lancar dan masing-masing menghidupkan enjin kenderaan untuk pulang. Sempat jugak si dak Lan mengingatkan skali lagi untuk bertemu pkul 11 pagi esok yang padahal baru 5 minit lepas kami ingatkan dia. Titik pertemuan di Kompleks Kastam Bukit Baru yang katanya selamat untuk meninggalkan kenderaan tanpa berbayar kerana mempunyai kelengkapan canggih yang mengawasi seperti CCTV dan jaga peronda. Aku dah mula pelik ngan dak Lan dengan kata-katanya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Keesokan harinya (25 Jun) pukul 9:30 pagi telefon mudah alih aku berbunyi, aku jawab dengan penuh kesabaran, dalam hati aku kata mungkin orang ni xpaham yang aku perlukan rehat yang cukup. Aku lihat di skrin tertera nama dak Lan, darah aku mula mendidih...aku jawab...

Lan: “.. Wei meth ko kt mana? Da gerak amik dak Fadh blum?..”

Aku: (aku jawab dengan penuh sopan)
“... kepala otak ko ar, baru pkul 9, dia pun xcnfirm lg, sabau ler...”

Selepas akhiri perbualaan aku lihat di telefon selular aku ada pesanan yang dikirimkan oleh En. Erman, beliau menyatakan yang bandnya tidak dapat menunaikan tanggungjawab dia harini, aku da mula down, lemah semacam mcm kene sengugut tapi takpe aku gagahkan diri jugak sambil mengesat air mata. (mcm sial jew ayat nie).

Lepas sejam baru aku menyiapkan diri, fad pula menyatakan yang beliau tidak dapat mengikuti kami ke batu pahat, kecewa skali lagi, rasa mcm nk pitam. Aku kuatkan iman dan banyakkan bersabar, imbas kata-kata keramat Ali dalam cerita KAMI THE MOVIE yang berbunyi seperti berikut, “ hidup ini memang %^&* tapi esok masih ada” terus aku tersedar kembali, beri tumpuan semula supaya tak lari dari tujuan yang asal.

Pagi tu aku sedikit kelang kabut sebab ak tertidur balik lepas dak Lan call tu. Akhirnya aku tiba di tempat yang dijanjikan pada pukul 11:30 pagi, pasti aku akan dimarahi oleh boss besar Nepotist iaitu Lan. Pantas jugak la aku bawak keta sebab da terlambat. Dah macam lipas kena hambat dengan penyapu. Alih-alih aku sampai bayang-bayang sorang pun aku tak nampak, Lan menyatakan yang beliau baru gerak dari rumah, aku call malik lagi sedap.

Aku: “Wei malik ko kt mana? Da smpai blum?..”

Malik: (suara baru bangun tido) “Eh ko da smpai kew? Dah nk gerak kew?”

Aku pun xpaham janji bukan melayu. Masing-masing boleh dilabelkan keling.

Sementara aku menunggu mereka smpai aku mengambil keputusan untuk singgah di perpustakaan negeri terdekat. Tujuan aku sebenarnya nak cari map Batu Pahat alih-alih melencong tempat lain plak, aku ternampak kelibat sekumpulan budak-budak SPM yang menyatakan kepada ibu bapa mereka datang ke sini untuk tujuan menuntut ilmu untuk mendapat '21 A' tapi sebenarnya bercanda. Sempat aku menjelingkan mata ke arah mereka tanda tidak setuju, lantas mereka beredar tanda ketakutan. Hahaha. Ketawa riang aku.

Lingkungan pukul 1 tengahari Malik tiba di tempat yang dijanjikan, perjalanan pun bermula. Dalam perjalanan masing-masing menyanyikan lagu kegemaran masing-masing dalam hati. Sunyi sepi keadaan kereta. Oh lupa radio tidak dipasang lantas dak Lan mencari CD untuk dilayan. Ak berasa janggal bagaikan ada yang tidak kena, seperti Malik tertinggal di stesen minyak yang kami singgah tadi. Rupa-rupanya dia sedang enak tidur dibuai mimpi. “Celaka punya Malik..” keluh aku didalam hati. Setibanya di Merlimau En.Erman menyatakan yang beliau ingin menumpang ke Batu Pahat. Berita baik buat kami kerana sekurang-kurangnya beliau boleh menjadi pemandu arah tetapi malangnya juga bagi kami kerana beliau menyatakan yang beliau juga sedang tidak tentu arah. Aish, syabas En.Erman.

Dalam rancak berborak kami tiba di bandar Batu Pahat dalam lingkungan pukul 3 petang. Kami menjumpai tempat yang dituju secara tidak sengaja ketika mencari jalan ke Summit Parade yang dikatakan 'landmark' terdekat.Tapi agak jauh jugak la bagi pejalan kaki tegar. Setibanya di venue kami melaporkan diri seperti zaman sekolah yang perlu cikgu mengambil kehadiran kedatangan sebelum kelas bermula. Sempat juga aku mencela ke abang “receptionist” untuk bertanya lokasi kedai nasi beriani gam terbaik abad ini dan dia memberikan respon positif. Sempat juga kami bergurau senda, itu menandakan orang Batu Pahat peramah. Ya memang sangat peramah!

Selesai kerja melapor diri, kami menuju ke kedai nasi beriani yang semenjak dari awal lagi kami membincangkannya dalam kereta. Peh! Memang betul-betul gam! Di padankan pulak dengan Ais kacang memang melekat. Aku rasa seperti mangkuk dan pinggan mereka bocor dan perlu digantikan dengan yang baru. Mungkin mereka menggunakan pinggan percuma tajaan Colgate.Itu hak mereka, biarkan.Bila selesai semua kami kembali ke Katarina (lokasi gig) menjalankan tangungjawab kami untuk mencari tandas.

Gig sudah bermula,kami terlepas untuk melihat ALEXANDER MANSURY, band yang berasal dari Batu Pahat, masih boleh digilap kerana umur mereka masih dalam lingkungan belasan tahun, mungkin 5 tahun akan datang mereka boleh dikomersialkan sebagai produk pelancongan Batu Pahat. (Maaf ya!). CAROLIN, band grunge dari JB. Johor Bharu bukan Justin Bieber. Memulakan sesi pemanas badan, seperti ada yang tidak kena dan konsentrasinya hilang. Mungkin faktor suhu venue yang sangat sejuk membuatkan amplifier dan Turbo Distortionnya merajuk untuk 'bangun'. Seterusnya MELODISASTER, band yang memenangi Soundstage 2010. Kagum! Konsisten yang berterusan! Permainan yang tidak terlalu kompleks dan relaks. Yakin! Dan bijak mengawal suasana! Memang mereka layak untuk menang, tahniah Melodisaster! CRACK CIRCLE menyambung, style! Itu yang keluar dari mulut En.Erman yang tidak jemu-jemu memuji band tersebut. HOVERING IN THE SKY mengambil alih pentas. Eksperimennya menjadi kelaziman. Melayang, penuh perasaan, membuak-buak, kekecewaan, itu yang boleh digambarkan. Tetapi sedikit panjang kedengaran kerana ia berulang-ulang. Cuma kali ini tampil kelainan kerana ada sekuntum bunga menekan butang papan kekunci. Boleh di kemas kinikan lagi menjadi lebih padat dan serasi. Akhirnya selepas berhenti menghormati azan Maghrib, giliran NEPOTIST pula, tak tahu nak komen apa. Masing-masing malu bajet macam anak dara.Tapi secara keseluruhnya sangat berpuas hati, dengan penonton yang hadir dan bunyi yang terhasil. 5 lagu dipersembahkan antaranya “Chrome” dan “Fire is a Curse” cover dari Buterfinggers yang dimainkan. SLEEP ON TV menyambung, Persembahan mereka tampil dengan lebih yakin kali ini, mungkin setelah menimba pengalaman bermain di banyak tempat. Saya berani menyatakan ini persembahan terbaik SOTV walaupun ketiadaan Fay di posisi gitar. Mindset meneruskan sesi gig dengan gaya “sludge”nya. Amir selaku tampak lebih relaks menyanyikan lagu sambil menutup mata seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kagum dengan lagu baru mereka “Opportunities”. Dengar cerita juga mereka sedang menyiapkan EP mereka yang pertama yang berjudul..... Hmm sama-samalah kita nantikan kemunculannya..! FALL A SLEEP, band penutup pada malam tersebut, meneruskan empayar Grunge Melaka secara khususnya, Seattle secara amnya, bermain dengan penuh cemerlang tanpa memberi belas kasihan gitarnya yang menjerit-jerit memohon simpati. Gig pun berakhir tepat jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Selesai sesi gig dengar cerita ada sesi BBQ pula, tapi apakan daya masa mencemburui kami, kami terpaksa pulang kerana aktiviti seterusnya di Sg. Rambai (Sempadan Melaka-Muar) dan separuh perjalanan lagi yang kami harus tempuhi.

Tepat pukul 12 tengah malam, kami tiba dilaman belia Sg.Rambai.Sayang seribu kali sayang, kami baru saja terlepas menyaksikan bakat anak-anak muda Sg. Rambai beraksi. Kecewa juga, setelah menempuh perjalanan jauh ini hasil yang kami dapat. Sebagai balasannya aku duduk digerai makan berhampiran dan menempah Mee Bandung Muar sebagai tanda protes. Malik yang mula-mula menyatakan yang beliau kenyang akhirnya akur terpaksa menempah sepinggan setelah melihat aku dan dak Lan makan dengan rakusnya tanpa belas kasihan. Setelah kembali bertenaga, kami bertiga meneruskan perjalanan pulang selepas menghantar En.Erman pulang ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari tapak kejadian. Pukul 2.30 pagi kami selamat tiba di Kompleks Kastam Bukit Baru yang dimana menjadi titik pertemuan kami dan disitu jugalah menjadi titik perpisahan kami untuk pulang membawa haluan masing-masing. -TAMAT-

*Terima kasih kepada Pojie dan Nuha yang sudi menjemput kami untuk beraksi di Batu Pahat, krew-krew Lucky 13, band-band yang beraksi, kawan-kawan yang hadir, rakyat Batu Pahat yang memberi inspirasi dan tak lupa juga syukur kepada Allah s.w.t yang memberi keizinan. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada-Nya dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.
p/s: Segala cerita didalam berdasarkan pengalaman dan ditokok tambah sedikit agar menjadikan jalan ceritanya lebih ringan dan mudah difahami. Harap tiada yang tersingung,terluka, mahupun menggelupor secara tiba-tiba. Anggap ini sebagai medium terbaik untuk dipromosi selain daripada menjadi bahan hiburan.

-Ezmir Zulkifli-

1 comment:

  1. baiklah karangan ko ni.papehal pon thanxx bg aku tumpang.heheh

    ReplyDelete