Stun MeStun MeStun Me

Friday 29 April 2011

Perpustakaan Bunyi

Disini aku ingin menjelaskan kepada semua apa yang dimaksudkan dengan tajuk diatas, bagi sesiapa yang tertanya-tanya, yang mengata aku gila tak tentu pasal, sila beri perhatian disini.

Tajuk diatas adalah perkataan yang sering aku guna bila aku bersembang dengan rakan-rakan apabila bercerita tentang walhal muzik. Bagi sesiapa yang biasa lepak dengan aku, perkataan tu dah lali bg diorang, tiada pe yang dikejutkan sampai terbeliak biji mata mahupun ternganga mulut sebesar-besarnya. Untuk pengetahuan umum, ada lagi nama yang lagi pelik diberi, silap-silap boleh terkena penyakit Gout, Kencing Manis, atau Darah tinggi bagi sesiapa yang mendengarnya. Apa yang kalian  nampak sekarang hanyalah baru peringkat permulaan.

"Perpustakaan Bunyi". Ianya adalah sebuah gelaran seorang pemuzik kepada bilik tempatnya bertapa mencari ilham, atau nama yang lebih komersial 'studio'. Kenapa diberi gelaran?? Pemuzik menganggap bilik tersebut sangat istimewa berbanding bilik-bilik lain. Perlu diletakkan kata nama khas agar nampak lebih menonjol. Mungkin ada sesetengahnya cuma khayalan pemuzik sahaja mencipta gelaran-gelaran tersebut. Tetapi daripada khayalan itulah idea datang dengan banyaknya hingga mencurah-curah ke ladang gandum. 

Kenapa aku memilih "Perpustakaan Bunyi"?? Perpustakaan bermaksud tempat yang menyimpan, mengumpul, menyediakan bahan-bahan yang berkenaan dengan ilmiah. Lagipun perpustakaan merupakan tempat yang sangat perlu dihormati bagi orang yang bergelar ulat buku. Bunyi pula bermaksud gelombang yang terhasil daripada sebarang perbuatan atau pergerakan samada sedar atau separa sedar, secara langsung atau tidak langsung, sengaja atau tidak sengaja. Atau ayat yang lebih mudah difahami iaitu tindak balas dari alat muzik.

Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut ia akan menjadi perkataan yang ada maksudnya tersendiri dan yang paling penting ia ada kena dengan aku. Walaupun "Perpustakaan Bunyi" hanyalah sebuah bilik yang bersaiz kecil, yang hanya memuatkan katil dan almari baju isinya, tetapi ianya dalam proses menaik taraf untuk "mencanggihkan" litar-litar elektrik yang semakin meningkat penggunaan hariannya. Aku akan cuba mengembangkan demi memenuhi permintaan pengguna. Mungkin bukan dalam masa terdekat tetapi 5 tahun akan datang, siapa tahu??

No comments:

Post a Comment