Stun MeStun MeStun Me

Friday 15 April 2011

Impian Menjadi Kenyataan

Tahun 2005 seingat aku, masa tu aku baru terlibat secara aktif dengan aktiviti seni seperti "berjaming" dengan rakan-rakan sekolah. Setelah didedahkan dengan lagu-lagu "NIRVANA" dan "BUTTERFINGERS" yang berteraskan genre Grunge, aku mula teruja untuk mempelajari dan memainkan lagu sedemikian. Serasi dengan jiwa muda pada ketika itu. "Bagai Rusa Masuk Kampung", itulah pepatah yang dapat aku gambarkan pada kalian. Teruja yang amat bila setiap kali hendak pergi ke Studio MC yang pada ketika itu amat terkenal sebagai sebuah studio jaming di daerah Segamat. Mana taknya masa kat sekolah kalau pandai main gitar tak ke 'hero' namanya?? hahaha.. " korang ada band kew?? Pe nama band korang?? Eii bestnya, nk ikut..!" Soalan dan ayat yang agak metafora setiap kali berjumpa dengan gadis2.. tetapi sekarang itu semua bukan agendanya.. Tipu, de la skit..     

Sambung kembali cerita di studio. Apabila sampai giliran kami untuk membuat bising, aku akan tengok gajet yang disediakan, kaler warna itam yang tertera perkatan "METAL ZONE", itu yang sering aku temui.. Bermain di benak fikiran, "pe benda menatang nie??" "cmne nak setting"?? "Bang tlg setting tuk kiteorg". Aku menyeru kpd tuan empunya studio. Setelah dibelek2 nya dia pun beredar sambil bersiul riang. Terasa macam patus cinta pun ada, kecewa bila dia setting kn mcm kami ni sebuah band yang seganas METALICA yang terkenal dengan bunyi heavy metalnya. "kitaorg nak men grunge la bang". Aku menengking dan memarahi brader itu.. tp dalam hati jew.. Aduh, untuk tidak membuang masa kami pun belasah je main tanpa mengira unsur-unsur prajudis. Setelah selesai berjaming kami pun pulang dengan kehampaan.

Pada satu hari di malam minggu sebelum aku tidur, aku berkhayal sejenak, alangkah indahnya jika ada sebuah gajet yang dapat memenuhi citarasa aku seperti gajet yang berjudul GRUNGE misalnya, tidak perlu aku bersusah payah membelek mencari bunyi yg ideal lagi. Tapi bagi aku ketika itu, itu semua hanyalah mainan syaitan semata-mata. Mana mungkin aku temui benda yang mustahil semudah itu, "Erm, Teknologi belum canggih barangkali"...kata aku untuk menyedapkan hati yang x seberapa nak sedap. Lupakan jela, baik tido esok nk kena bangun pagi basuh kasut,  nanti kang kalau lambat bangun ada yang kena kejut pakai penyapu.. Selamat malam nyamuk! Zzzzz.. Aktiviti berdengkur bermula~..

Kini tahun 2011 menjadi tarikh yang amat penting bagi aku, impian aku akan menjadi kenyataan. Sebenarnya benda tu dari dulu dah ada cuma baru sekarang aku nmpak kelibat benda tu dengan mata kepala aku sendiri. Sekarang aku tengah giat menjalankan aktiviti menabung untuk mengumpul duit membeli gajet tu. Kalaulah dari dulu aku dengar cakap mak aku simpan duit dalam tabung, tentu sekarang aku dah jadi kaya raya.. Ya, memang aku ada menabung masa kecik2 dulu, tapi aku pelik knp tabung aku tak penuh2. La, baru aku ingat, mana taknya pagi aku masuk duit, petang aku korek balik..

Dalam tempoh beberapa bulan lagi, impian aku akan menjadi kenyatan, aku harap ini akan menjadi penanda aras untuk aku maju kedepan lagi. Semoga cita-cita aku tercapai untuk menjadi insan seni yang berjiwa P.Ramlee satu hari nanti. Tahniah buat aku. 


p/s: ini dia gajet yang aku sebut-sebutkan tadi, blackBerry bukan nama sebenar.

No comments:

Post a Comment